Ayah, Superheroku !

Setiap anak sangat mengagumi ayahnya sejak dari kecil. Tapi, lama kelamaan tanpa sedar, mereka semakin menjauh dan mencari sumber lain sebagai Inspirasi Hidup. Jika ini berterusan, kepentingan AYAH dalam hidup akan mula pudar dan tidak lagi menjadi rujukan. Sebelum semua ini menjadi kenyataan, mari pasakkan semula Ayah sebagai Superhero dalam hidup setiap anak-anak kita. Insyaa Allah… 

Ayah Terbaik !

Apa yang seorang ayah boleh laksanakan supaya anak bahagia dan membahagiakan.

Apa ciri-ciri Passive Father ni?

🙆‍♂️ Dia ada tapi macam tak ada
🙆‍♂️ Suka kunci diri dalam bilik
🙆‍♂️ Tak kisah anak buat apa pun
🙆‍♂️ Anak dianggap pengganggu
🙆‍♂️ Tak suka jaga anak
🙆‍♂️ Tak ambil tahu langsung ilmu parenting

Banyak kesan buruk Passive Father ni antaranya :

⛔ Isteri stress dan tertekan
⛔ Anak jadi jauh hati
⛔ Anak buat hal sendiri je
⛔ Anak boleh ada masalah pada perangai dan disiplinnya

Antara ciri Nurturing Father :

🙋‍♂️ Sangat ambil berat hal anak
🙋‍♂️ Suka bantu isteri jaga anak
🙋‍♂️ Jaga anak bila sakit
🙋‍♂️ Suka involve dengan pendidikan anak

Anak anak suka sangat Nurturing Father sebab :

✔️ Rasa disayangi
✔️ Rasa dicintai
✔️ Rasa diperhati
✔️ Rasa ada orang ambil berat

p/s : It’s ok kalau si bapa masih agak kaku untuk involve dalam hal anak anak asalkan dia dah cuba sedaya upaya dia. Biasalah cara kita dibesarkan berbeza 💪

Apa je ciri Absent Father ni?

🤷‍♂️ Terlampau sibuk
🤷‍♂️ Self-centered
🤷‍♂️ Pentingkan diri
🤷‍♂️ Kurang empati
🤷‍♂️ Tak bertanggungjawab

Banyak kesan buruk Absent Father ni buat anak-anak antaranya :

❎ Anak ada masalah disiplin
❎ Anak jadi memberontak
❎ Anak senang depressed
❎ Anak ada masalah mental health

p/s : Apa pun saya percaya ayah ayah dalam ni jenis ayah yang mithali dan bertanggungjawab semuanya

Anak yang mengalami Father Wound ni bukan semuanya tak okay.

Ada je yang tiba-tiba jadi lebih baik tapi kebanyakannya tak okay 😢

10 kesan Father Wound pada anak :

1. Anak memberontak
2. Anak low self-esteem
3. Anak buat hal di sekolah
4. Prestasi akademik merundum
5. Susah nak percaya lelaki
6. Rumahtangga bermasalah
7. Jadi people-pleaser
8. Tak reti jaga pergaulan
9. Kesan buruk pada mental
10. Jauhkan diri daripada orang

Nampak tak betapa seorang anak perlukan ayahnya?

Tapi jangan risau kalau memang kematian ayah sebab baginda Nabi Muhammad SAW juga membesar tanpa ayah

InsyaAllah semuanya akan baik baik sahaja 👌

Seorang ayah kena tahu beza 3 benda ni :

i. Tegas
ii. Bengis
iii. Ganas

Tegas : Tetap pendirian
Bengis : Tak ada belas kasihan
Ganas : Tak terkawal & di luar batasan

Seorang ayah memang kena tegas sebab rosak anak bila semua kemahuan dia kita turutkan 😱

Tapi seorang ayah kena jauhi sifat bengis & ganas. Kerana ayah itu memimpin dengan teladan, ketegasan dan juga kasih sayang

Bila si ayah tak berfungsi, kesannya nanti kepada anak itu sendiri.

Apa kesannya pada anak?

Kesannya, anak kita boleh mengalami Father Wound

Apa penyebab Father Wound?

🚩 Diabaikan
🚩 Dicuaikan
🚩 Dibiarkan
🚩 Disakiti
🚩 Didiamkan

Dalam dunia ni ada 2 jenis ayah :

i. Involved Father
ii. Uninvolved Father

Involved Father ni adalah ayah yang berusaha untuk didik, jaga dan ambil tahu tentang perkembangan anaknya

Uninvolved Father pula adalah ayah yang taknak ambil tahu & kurang terlibat dalam mendidik dan menjaga anaknya

Mengikut kajian, anak yang mempunyai Uninvolved Father ni lebih cenderung :

😭 Terlibat dalam aktiviti terlarang
😭 Mengalami Behavorial Problems
😭 Akademik makin merosot
😭 Bagi kesan pada mental health anak

Jangan risau. Masih sempat lagi nak bina balik bonding dengan anak dengan teknik 3T

T – time
T – touch
T – talk

Banyakkanlah bersembang, peluk cium anak, bermain bersama, solat berjemaah bersama, buat hobi sama sama & bercakap dari hati ke hati

Anak yang ada Growth Mindset ni :

🕺Tahu potensi diri
🕺Tak mudah mengalah
🕺Makin lama makin hebat & berkembang

Antara cara nak latih Growth Mindset pada anak adalah :

👉 Ajar anak untuk BERNIAGA

Ya, anak yang dilatih untuk berniaga lebih mudah untuk terbentuk Growth Mindsetnya

Tak ramai mak ayah tahu seorang anak ni boleh berubah mengikut suasana di dalam rumah.

Contoh suasana di dalam rumah :

🏠 Suasana Pasar
– bising
– banyak makanan

🏘️ Suasana Pondok
– banyak pengajian
– banyak baca Al-Quran
– banyak bercerita tentang sirah

🏠 Suasana Sekolah
– banyak buku
– banyak main teka teki
– banyak aktiviti membaca dengan anak

🏠 Suasana Kem Tentera
– banyak arahan
– banyak laungan
– disiplin yang ketat

🏠 Suasana Kelab Malam
– pasang lagu setiap masa
– fikir untuk enjoy sahaja
– lebihkan hiburan pada anak

Agak-agaknya suasana mana satu yang kita nak masukkan dalam rumah kita?

Boleh pilih lebih daripada satu. Tapi ingat, setiap pilihan kita akan bagi kesan besar pada diri anak anak kita.

Rugi sebenarnya kalau mak ayah semua tak tahu potensi anak kita bukan terletak pada IQ semata

Ada banyak lagi potensi anak yang kita boleh gali sebenarnya

Yang ni mak ayah semua kena tahu :

IQ – Intelligence Quotient
EQ – Emotional Quotient
PQ – Physical Quotient
SQ – Spiritual Quotient

Yang merangkumi semuanya adalah SQ (Spiritual Quotient)

Contoh karakter & sifat anak dengan SQ yang tinggi :

🏃‍♂️ Kenal tujuan diciptakan
🏃‍♂️ Kenal potensi diri
🏃‍♂️ Tahu destinasi nak dituju
🏃‍♂️ Fokus selesaikan misi hidup
🏃‍♂️ Tak mudah mengalah

Tiada istilah anak yang bodoh. Yang ada hanyalah anak dengan kecerdasan yang berbeza

Tak ramai mak ayah tahu ramai anak remaja sekarang mudah tertekan dalam diam

Kebanyakannya disebabkan oleh :

👉 Peer Pressure (tekanan dari rakan sebaya)

Peer pressure ni menyakitkan bagi anak remaja‼️

Kita takkan faham kesakitan tu sebab kita tak berada di zaman mereka.

Peer pressure anak remaja ni muncul bila..

😩 Tengok kawan bercuti
😩 Tengok kawan bergaya
😩 Tengok kawan ada hp baru
😩 Tengok kawan jadi terkenal
😩 Tengok kawan score exam

Dan bermacam lagi. Apa pun kena belajar Didik Anak Remaja ya mak ayah semua

Anak perempuan ni anak yang penuh emosi. Inilah kenapa mereka mudah dipengaruhi.

Benteng terkuat seorang anak perempuan selain daripada iman dalam hatinya adalah SEORANG AYAH

Satu perkara yang seorang ayah tak boleh terlepas pandang adalah :

👉 Jadilah lelaki pertama yang MEMUJI anak perempuanmu & beritahu dia bahawa dirinya CANTIK

“Ketika anak perempuan puas dengan pujian seorang bapa akan kecantikannya dia takkan bergantung lagi dengan pujian daripada lelaki di luar sana”

Tak ramai mak ayah tahu antara musuh utama anak remaja adalah :

👉 Ketagihan / addiction

❌ Ketagih game
❌ Ketagih pornografi
❌ Ketagih vape
❌ Ketagih rokok
❌ Ketagih seks
❌ Ketagih makan manis
❌ Ketagih dadah

Dan bermacam lagi sebenarnya. Ketagihan ni kebanyakan terjadi sebab si anak remaja ni cuba untuk ‘isi kekosongan dalam diri’. Ketagihan tu semua coping mechanism mereka je

Boleh jelaskan dalam bahasa yang mudah tak?

Mereka sebenarnya perlukan kasih sayang & full attachment daripada kita sebenarnya 😭

Anak remaja terutama umur 13-18 tahun paling perlukan AYAH nya

Di umur ini dia paling perlukan :

👉 Connected Father

Apa ciri connected father?

🙆‍♂️ Selalu bercerita dgn anak
🙆‍♂️ Selalu bersukan bersama
🙆‍♂️ Tak terlampau sibuk
🙆‍♂️ Kurangkan tengok handphone bila bersembang dengan anak

Ketahuilah wahai ayah. Anakmu sangat perlukanmu melebihi keperluanmu kepadanya

Antara rahsia anak cerdik ni juga adalah :

👉 Kita hargai kecerdikan terpendam mereka

Gini. Setiap anak sebenarnya dikurniakan kecerdikan berbeza. Ada 9 jenis kecerdikan yang tak ramai mak ayah tahu :

1. Spatial
2. Naturalist
3. Musical
4. Logical-mathematical
5. Existensial
6. Interpersonal
7. Intrapersonal
8. Bodily-Kinesthetic
9. Linguistic


Antara tugas kita sebagai mak ayah juga adalah mencari & menggali potensi terpendam anak anak kita

Ada anak-anak ni memang kadangkala sangat suka bersaing (competitive) 💢

Biasanya terjadi pada anak sulung dan kedua. Dan boleh jadi juga pada semua anak sebenarnya.

Sebab tu ada satu cara mak ayah kena buat untuk kurangkan persaingan & pergaduhan antara adik beradik (sibling rivalry)

👉 Neutralise negative assumptions

Ya, bantu anak kita untuk saling memahami & bersangka baik

Contohnya :

🙋‍♀️ ” Abang long awak tu sayang je awak. Dia marah sebab dia nak protect awak sebenarnya”

🙋‍♂️ “Kak Cik tu sebenarnya sayang sangat kat angah. Dia ada bagitahu Ummi dia sayang angah cuma dia tak reti nak cakap”

Akan ada fasa dalam hidup anak lelaki terutama yang umur 6-11 tahun yang mana dia akan tercari-cari MENTOR yang berkongsi minat & personaliti yang sama.

Pada fasa tu kita kena hati-hati takut dia terjumpa MENTOR yang salah contohnya :

🙅‍♂️ Ketua geng budak ‘nakal’
🙅‍♂️ Anak jiran yang ‘rosak’
🙅‍♂️ Sepupunya yang bagi pengaruh ‘jahat’

Masa fasa ni anak lelaki akan kagumi & ikut je cakap MENTOR dia.

Sebab tu pentingnya untuk si ayah menjadi Mentor pertama dalam hidup anak.

✅ Ceritakan kebaikan ayahnya
✅ Bantu anak respect ayahnya
✅ Bantu anak kagum pada kebaikan ayahnya

Antara kesalahan yang ramai mak ayah tak sedar adalah dia salah pilih SUPERHERO untuk anak dia

❌ Spiderman
❌ Batman
❌ Superman
❌ Wonder woman

Sebaiknya pilihlah SUPERHERO yang bagi kesan terbaik pada hidup anak anak

✅ Rasulullah SAW
✅ Para Sahabat
✅ Saintis Islam
✅ Abu Ubaidah 🇵🇸
✅ Ibu ibu di Gaza 🇵🇸

Memang anak secara ‘instinct’ mereka tercari cari SUPERHERO dalam hidup mereka. Carikan SUPERHERO yang ‘real’ dan memberi inspirasi untuk anak anak kita

Antara rahsia nak jadikan anak lelaki kita anak yang hebat adalah dengan cara :

✅ Ceritakan kebaikan & pencapaian ayahnya

❌ Elakkan cerita keburukan & kelemahan ayahnya

Kenapa?

Kerana akan ada satu fasa dalam hidup anak lelaki dia akan mencari INSPIRATION dalam hidupnya dan inspirasi paling dia cari adalah daripada si ayah

Sebab tu ada je ayah yang terlampau sibuk di luar sana tapi anak tetap berjaya. Kenapa? Sebab anaknya terinspirasi dengan kebaikan & kejayaan si ayah 🔥

p/s : Mulai harini kita cerita kebaikan & kejayaan pasangan kita pada anak anak boleh? Cuba 👍 kalau setuju

Tak ramai tahu fasa remaja ni paling mencabar bagi seorang anak

🧑 Dia tercari identiti diri
👩‍🦰 Dia nak cuba perkara baru
👨‍🦱 Dia nak jadi ‘diri sendiri’

Sebab tu kalau boleh untuk jinakkan hati anak remaja, mak ayah kena :

👉 Apa SHARED INTEREST kita dengan anak remaja kita

Apa minat & hobi anak remaja kita yang mungkin juga adalah minat kita juga?

✅ Mungkin daki gunung ke
✅ Mungkin main game ke
✅ Mungkin baca novel ke
✅ Mungkin memancing ke

p/s : Dah tahu dah nak buat apa lepasni kan?

Perkembangan otak ni paling kritikal & perlu dijaga sejak dari kecil lagi lagi usia 6 tahun ke bawah

Ada 3 pantang yang mak ayah kena elakkan kalau nak otak anak berkembang dengan baik

1. Bagi makan jajan selalu
2. Bagi tengok TV & hp tanpa
screentime limit
3. Tak bagi
 intellectual stimulation sangat dengan tak bagi anak banyak bertanya & taknak layan anak bersembang

Dah tahu ni terus elakkan 3 pantang ni ya supaya perkembangan otak anak tak terbantut & bermasalah

Antara ilmu psikologi yang mak ayah semua kena tahu tentang anak adalah anak kita ni :

⚠️ Sangat mudah terpengaruh dengan environment & surroundings dia

Kesilapan terbesar mak ayah adalah bila pilih environment yang buatkan anak kita mudah rosak bila :

❌ Salah pilih sekolah
❌ Salah pilih tempat asuhan
❌ Salah pilih kejiranan
❌ Salah pilih tempat tinggal

Kalau dah tersalah pilih, it’s ok. Asalkan kita terima kesalahan kita dan kita sama sama berusaha baikinya

Dan pastikan pasangan pun tahu hal ni ya sebab ianya tanggungjawab dia juga dan supaya sama sama boleh fikirkan jalan keluar bersama-sama

Memang ada keadaan seorang anak boleh jatuh sakit tiba-tiba tanpa sebab yang jelas

👉 Boleh jadi anak tersebut terkena penyakit ‘Ain

Penyakit `Ain ni biasanya datang bila anak tersebut dipuji tanpa disertakan dengan doa kepada Allah

Paling dasyat ianya boleh datang daripada keluarga terdekat sendiri seperti :

😰 Atuk nenek
😰 Adik beradik
😰 Saudara mara
😱 Mak ayah anak tu sendiri!

Memang penyakit ni belum ada dalam ilmu Sains moden tapi ianya ada dalam Hadis Nabi Muhammad SAW

Memang susah nak elak ‘Ain ni kecuali dengan amalkan doa yang baginda Nabi Muhammad SAW ajar ini :

أَعُوذُ بكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِن كُلِّ شيطَانٍ وهَامَّةٍ، ومِنْ كُلِّ عَيْنٍ” لَامَّةٍ”

Maksudnya:

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan, binatang berbisa dan setiap pandangan mata yang jahat.”

p/s : Doakanlah anak anakmu wahai ibu. Jangan risau, doa daripada seorang ibu sangat mustajab buat anak anaknya sendiri ❤️

Bila anak tak dapat ‘connection’ daripada mak ayah memang dia akan cuba cari ‘connection’ daripada orang luar

Sebab tu mak ayah kena cuba ‘connect’ dengan anak dengan 3 cara ini :

1. Bagi dia rasa dia special
2. Isi tangki emosi dia
3. Curi masa untuk dating berdua dengan anak

Lama kelamaan nanti kita akan faham anak kita bukannya attention-seeker tapi dia cuma connection-seeker 😉👌

3 hal yang buat anak jadi suka tengking-tengking adiknya :

1. Temperament dia
2. Terikut cara mak ayah
3. Reptile brain jadi dominan


Yang no 1 dan no 3 kita dah belajar sebelum ni kan.

So untuk no 2 tu kita kena didik anak balik dengan :

i. Ubah diri kita sedikit demi sedikit
ii. Ajar anak ‘cara marah’ dan ‘cara luah emosi’ yang betul

Bagitahu anak it’s okay untuk :

😡 Marah
😡 Geram
😡 Tak suka

Tapi tetap kena jaga

🌿 Nada suara
🌿 Perasaan orang lain
🌿 Akhlak kita

Sekarang ni anak boleh rosak dalam sekelip mata sebab di zaman digital ni semuanya di hujung jari je

Sebab tu mak ayah kena belajar untuk :

👉 Pantau digital playlist anak

◻️ Lagu dia suka dengar
◻️ Konten dia suka follow
◻️ Influencer dia suka tengok
◻️ Game anak selalu main
◻️ Apps yang anak download
◻️ Senarai filem anak suka tonton

Benda ni nampak kecil tapi impaknya sangat besar pada karakter dan dalaman seorang anak 🚨

We are what we watch
We are what we eat
We are what we consume

Mak ayah kena tahu psikologi anak remaja.

Mereka ni ada sejenis perangai Risk-Taking Behaviour

☠️ Suka buat benda bahaya
☠️ Suka cabar diri
☠️ Pantang terima cabaran
☠️ Suka lawan arus
☠️ Suka buat benda di luar kotak

Otak anak remaja terutama bahagian prefrontal cortex ( tempat buat keputusan dan pertimbangan) ni masih sedang berkembang

Di usia 20-an barulah ianya betul betul matang. Jadi memang kena bersabar sikit ya 😅

Anak remaja ni memang ada perangai tersendiri sebab dia sedang mencari identiti diri

Sebab tu lah bila anak masuk fasa remaja ni kita kena :

❌ Elak terlalu banyak bebel
❌ Elak jadi terlalu bossy
❌ Elak terlalu banyak menguasai

Di fasa remaja ni anak anak suka mak ayah :

✔️ Jadi kawan dia
✔️ Jadi teman berbual dia
✔️ Jadi kawan shopping dia
✔️ Jadi coach & mentor dia
✔️ Jadi tukang sorak & support dia

Gaya parenting kita kena berubah sesuai dengan umur anak juga ya.

Tak boleh guna cara yang sama je sampai bila bila 😎

Sini saya share sikit ilmu tentang psikologi marah anak ni

Banyak situasi seorang ibu marah anak sebab dia sendiri tak boleh nak regulate emotions dalam diri dia

Benda ni datang daripada cara kita dibesarkan sebenarnya. Walaupun kita tak boleh salahkan mak ayah kita tapi at least kita kena AWARE tentang benda ni

Kenapa?

✅ Supaya kita tak terlampau salahkan diri kita sendiri

✅ Supaya kita mula cari jalan untuk urus stress dan kepenatan diri kita

✅ Supaya kita bersedia untuk cari jalan untuk rawat dan baiki dalaman diri kita

Ibu Ayah Terbaik !

Apa yang Ibu Bapa boleh laksanakan supaya anak bahagia dan membahagiakan.

Tak ramai sebenarnya yang tahu antara RAHSIA mak ayah yang berjaya didik anak ni adalah apabila dia bermula untuk :

👉 Didik KARAKTER & SIKAP anak dia

Anak mungkin akan lupa apa yang kita ‘ceramah & bebel’ pada dia tapi perubahan karakter & sikap anak kita insyaAllah dia akan bawa hingga ke usia dewasa

Contohnya bila anak dah tertanam karakter & sikap JUJUR, anak kita akan :

❌ Tak suka menipu
❌ Tak ambil duit orang
❌ Tak suka berhelah
❌ Tak mungkir janji
❌ Tak suka langgar arahan mak ayah di belakang secara sembunyi sembunyi

Anak yang hebat dan berjaya datang daripada anak yang terdidik dengan karakter & sikap yang hebat hebat dan mulia

Ada 7 perkara kita boleh buat supaya anak yang Entitled ni lebih baik perangai & sikapnya :

1. Tunjuk gambar anak² Gaza
2. Cerita kesusahan org lain
3. Jgn beri semua dia minta
4. Kena jadi lebih tegas
5. Kena berani cakap NO
6. Kurangkan bagi reward
7. Tukar reward berbentuk material kepada bentuk pujian pada usaha yang anak buat

Terkadang ibubapa terlebih manjakan anak kerana merasa bersalah pada anaknya

Maafkanlah dirimu wahai ibu wahai ayah. Kerana kamu dah berusaha sebaik yang kau mampu

Kita kena tahu tahun pertama kelahiran anak kita, dia ‘connect & attach’ dengan kita melalui senses dia..

👋 Sense of touch
👃Sense of smell
👂Sense of hearing
👁️ Sense of sight
❤️ Sense of feel


Cuma kadang ada mak ayah yang ada childhood trauma ni dia jadi tak reti sangat nak ‘connect & attach’ dengan anak melalui sense of touch

Itulah kenapa dia rasa awkward nak peluk cium anak..

Selagi tak setel isu ni, agak susah anak nak ‘connect & attach‘ dengan ibubapanya

Itulah kenapa makin lama dia makin menjauh daripada ibubapanya 😓

Belajar sesuatu?

Antara cara untuk mengajar & mendidik anak yang tak dengar cakap adalah dengan :

👉 Natural Consequences

Teknik ini dipraktikkan juga oleh ibubapa zaman dahulu kala

 Pernah tak kita dengar mak mak kita dulu cakap macam ni? 👇

🗣️ “Haa, panjatlah pokok tu kalau nak panjat sangat! “

🗣️ “Larilah laju laju kalau nak lari sangat! “


Kita tetap terus buat apa kita nak buat (sambil mak ayah kita perhati dan duduk di sebelah) sampailah kita jatuh pokok atau tersadung dan jatuh

Jatuh pokok & tersadung lalu jatuh itulah Natural Consequences

Kadang kita jadi serik, kadang kita jadi beringat lalu kita ambil pengajaran.

Experience is the best teacher

Ada ilmu Anger Management yang mak mak semua kena tahu

Kemarahan juga boleh jadi satu signal yang diberikan oleh tubuh kita ( bodies’ warning signs ) bila :

💥 Banyak sleep debts
💥 Ada isu mental health
💥 Ada isu physical health
💥 Ada isu social cause seperti :

– harapan terlampau tinggi
– kesibukan melampau
– terikut parenting style mak ayah kita
– banyak lagi

Jangan risau. Makin banyak kita belajar tentang parenting maka kita akan semakin kenal diri kita



Di situ nanti insyaAllah mak mak semua akan jumpa kunci kepada kedamaian & ketenangan hati dan emosi 🥰

Kadang anak kita jadi kurang ajar, biadap, tak berakhlak dan berperangai buruk sebab kita terlepas untuk ajar anak 1 benda penting ni..

🗣️ Uishhh..apa tu?

Mungkin kita terlupa nak ajar anak kita MORAL COMPASS sebenar hidup dia

Ada mak ayah dia ajar anak dia :

🗣️ “Tak baik ambil mangga jiran, nanti apa ORANG KATA” 

Jadi, moral compass yang kita install pada anak kita adalah keburukan itu adalah bila buruk di pandangan mata orang

🤔 Agak-agak apa jadi bila tak ada orang nampak?

🤔 Agak agak apa jadi bila di belakang kita nanti?

🤔 Betul ke moral compass yang sebenar macam tu?

Jawab 3 soalan di atas dalam hati kita. InsyaAllah kita akan dapat jawapannya untuk didik moral compass sebenar anak kita 😉

Kadang keserabutan dalam diri kita boleh juga muncul daripada :

🚩 Physical space yang serabut & bersepah

Physical space ni termasuklah :

◻️ Bilik tidur
◻️ Tempat solat
◻️ Dapur
◻️ Ruang tamu
◻️ Bilik air

Apa yang DI LUAR boleh bagi kesan pada apa yang DI DALAM



Okay je kalau kadang kala rumah bersepah sebab tak larat nak kemas tetapi janganlah dijadikan habit. Boleh ibu ayah semua? 😉

Anak sulung paling terluka sebab dia ada di waktu kita paling struggle dengan diri & pasangan di awal perkahwinan kita

Antara cara nak ubati trauma pada anak sulung adalah buat 3 rutin Unconditional Love ini :

i. Peluk dia setiap pagi
ii. Jaga hubungan hati dgn dia
iii. Terima kelemahan anak sulung sebagainya dia terima kelemahan kita suatu ketika dahulu

(sebak la pula sebab saya pun banyak buat salah pada anak sulung saya dulu)

p/s : Jom sama sama jadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak anak kita dan jangan lupa terus belajar ilmu untuk didik anak sulung kita 💪

Boleh mula belajar disini – Didik Anak Sulung

3 bahaya yang tak ramai mak ayah tahu bila salah cara didik anak sulung :

📛 Adik² nya terpengaruh
📛 Adik² terikut
📛 Adik² jadi rosak

Kenapa?

Sebab anak sulung ni adalah :

i. Leader pada adik² nya
ii. Inspirasi adik² nya
iii. Ikutan adik² nya

Jadi tolonglah mulai hari ini didiklah anak sulung kita sebaiknya 

Boleh belajar banyak disini – Didik Anak Sulung

Nah saya buat siap siap checklist untuk mak ayah semua check apa yang tak kena dengan si anak

Checklist isu yang ganggu fokus belajar anak :

◻️ Tidur lambat
◻️ Tak ada motivasi
◻️ Isu di sekolah
◻️ Tak faham silibus pelajaran
◻️ Ketagih gajet (hp, laptop, TV)

Nanti tandakan ✅ pada checklist ni ya. Dari situ nanti mak ayah semua akan nampak macam mana nak kembalikan fokus belajar anak.

Anak yang hebat belajar adalah anak yang termotivasi dan mampu fokus sepenuhnya pada pelajarannya

Ya, salah satu tanda anak yang TAK BAHAGIA adalah dia rasa sunyi dalam hidup dia

Ni 5 tanda anak kita sedang kesunyian yang mak ayah kena tahu :

1. Sikap berubah tiba-tiba
2. Banyak diam & susah senyum
3. Hilang minat nak bermain
4. Wajah gloomy sentiasa
5. Lebih pentingkan imaginary friend daripada kawan sebenar

Penting untuk alert benda benda ni semua. Yelah faham kadang bila ramai sangat anak ni buatkan kita terlepas pandang benda ni semua

Anak yang bahagia dan ceria mampu membahagiakan emosi orang di sekelilingnya

Anak tak bahagia dah jadi satu FENOMENA sebenarnya.

Cuma mak ayah tak perasan‼️

Kenapa? Sebab tak semua anak pandai tunjuk yang dia sedang tidak bahagia.

Anak anak tak bahagia ni biasanya akan cari Cheap Dopamine untuk untuk ‘escape & distract‘ diri mereka daripada rasa tak bahagia contohnya :

❌ Main game setiap masa
❌ Tengok TV sepanjang hari
❌ Ketagih pornografi
❌ Selalu lepak dengan kawan
❌ Terjebak dengan vape/rokok
❌ Buat benda yang berisiko
❌ Berdating & couple sana sini
❌ Suka makan benda manis

Dan banyak lagi sebenarnya. Kesian anak anak ni sebenarnya. Mereka sedang perlukan mak ayahnya 😔

Mak ayah semua ada tak tanda-tanda ni?

🗣️ Susah puji anak
🗣️ Selalu bebel anak
🗣️ Asyik nampak salah anak
🗣️ Asyik rasa kena baiki salah anak je

Kalau ada, boleh jadi kita ni termasuk dalam kategori Hypercritical Parents

Ada 3 cadangan saya untuk Hypercritical Parents :

❤️ Banyak peluk anak
❤️ Banyakkan grounding diri
❤️ Sesekali minta maaf pada anak jika ianya terlalu menyakitkan bagi mereka

Tak ada istilah ibubapa yang sempurna. Yang ada hanyalah ibubapa yang sedaya upaya menjadi yang terbaik buat anak anaknya

Mak mak wajib tahu perkara apa yang boleh cederakan jiwa & emosi anak, salah satunya adalah :

👉 Guilt-trip ( buatkan anak rasa sangat bersalah )

Contoh :

⛔ “Sampai hati adik buat macam ni. Mak mengandungkan adik tau. Tak bersyukur ke?” 

⛔ “Abang sulung awak boleh je dapat A, takkan awak tak boleh? Awak nak hancurkan harapan mak ayah ke?”

⛔ “Adik la punca mak ayah bercerai tau! Selalu buat kepala mak ni pening!”

p/s : Bila kita belajar dan tahu tentang benda ni barulah kita boleh baiki dan improve diri untuk kebahagiaan anak anak ❤️

Ruginya kalau anak tak suka subjek matematik & sains ni.

Anak yang suka subjek matematik & sains ni biasanya :

🥳 Fikiran dia lebih tajam
🥳 IQ lebih tinggi
🥳 Ada kemahiran ‘problem-solving’ yang tinggi

Sebab tu di awal usia kalau boleh mak ayah semua kena :

👉 Banyakkan Science Storytelling dengan anak

🚀 Cerita fakta sains Al-Quran
🚀 Cerita fakta unik binatang
🚀 Cerita fakta unik planet
🚀 Cerita fakta unik organ dan anatomi tubuh badan kita

Dan bermacam lagi. Cuma kalau nak cara mudah, memang memang suggest mak ayah semua beli buku Teroka Sains 1-5 kalau nak anak minat sains 📚

5 perkara mak ayah semua kena tahu tentang anak umur 9-11 tahun :

1. Mula risau tentang rupanya
2. Mula risau tentang badannya
3. Mula ada kawan rapat
4. Emosi agak kurang stabil
5. Dia mula rasa tekanan daripada kawan kawannya ( peer pressure )

Cara berkesan untuk elakkan peer pressure pada anak kita adalah kita kena :

🔰 Selalu puji & motivate anak
🔰 Naikkan self-esteem anak
🔰 Bagitahu anak kita yang dia cukup bagus dah

p/s : Belajar sesuatu? 🥰

Cuba periksa cara kita bangunkan anak kita

Ni adab bangunkan anak kita supaya mood-nya terjaga :

❌ Jerit nama dia
❌ Terus bebel dia
❌ Tepuk kuat² badan dia

✅ Pegang kaki anak
✅ Usap belakang dia
✅ Panggil nama dia pelan²
✅ Peluk cium bila dia mamai
✅ Ajak baca doa bangun tidur sama²

p/s : Faham je kadang ibu ayah semua nak cepat kan? Tapi kena fikir juga, kadang anak moody ni lagi lambatkan keadaan

Mak ayah semua kena tahu 3 pantang bila didik & asuh anak bongsu

❌ Permissive (bagi je anak buat apa dia suka)

❌ Indulgent (bagi je semua benda yang anak mahu) 

❌ Overprotective (terlampau lindungi anak daripada semua perkara)

Apa pun kasih sayang kena bagi sepenuhnya & bagi anak bongsu rasa cinta kita ni tanpa syarat.

Bila tegas pun cinta, bila manja pun cinta. Barulah dia rasa selamat & membesar dengan sempurna ❤️

Anak biasanya tak kisah dirinya comot hinggalah dia mula nak masuk umur awal remaja

Masa tu dia mula ada “body consciousness” iaitu dia jadi sedar tentang badan dia dan kritikan orang pada tubuh badan dia

Sebab tu lah mak ayah kena :

👉 Ajar tentang Body Confidence pada anak-anak

🕺 Ajar anak hargai keunikan
🕺 Ajar anak rasa syukur
🕺 Bagitahu dirinya cantik
🕺 Ajar anak definisi kecantikan yang sebenar
🕺 Bagitahu dia ciptaan Allah yang terbaik

Dunia di sekeliling anak kita boleh menerimanya sepenuh hati ketika mana anak kita belajar untuk menerima dirinya sendiri ❤️

Kadangkala anak jadi malas bila :

🔥Tak ada rutin mengemas
🔥Tak pernah dipuji usahanya
🔥 Mak ayah Perfectionist
🔥 Tak ada Role Model

Tapi boleh jadi juga anak tu ada Underlying Issues seperti :

💔 Kurang fit badannya
💔 Rasa tak mampu buat
💔 Ada mental health issues seperti Anxiety, Depression dan sebagainya

Apa pun kena paksa juga anak buat kerja rumah sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu bagi anak berada di zon selesa. Takutnya dia tak mampu survive bila dah dewasa nanti ataupun ketika kita dah tak ada disisi dia suatu hari nanti 😢

Sini saya nak kongsi ilmu psikologi anak lelaki

Anak lelaki ni dia berbeza sikit dengan anak perempuan sebab dia punya emotional regulation utama dia adalah :

👉 Emotional SUPPRESSION (anak lelaki lebih suka pendam emosi dia)

Sebab itu mak ayah kena buat 3 benda ni pada anak lelaki :

🔥 Jangan ejek emosi dia
🔥 Jangan menyampuk bila anak lelaki meluah
🔥 Jangan tengking bila dia menangis

Kalau anda jenis mak ayah yang sibuk sampai kadang tu tercicir untuk jaga dan didik anak betul-betul, sekurang-kurangnya :

⚠️ Elakkan daripada amalkan Guilt-Ridden Parenting Style ⚠️

Apa tu❓

Guilt Ridden Parenting Style ni adalah kita nak didik anak tapi dalam hati tu sebenarnya cuba cover balik rasa bersalah kita pada anak

Tanda-tanda Guilt Ridden Parenting Style :

❌ Suka beli mainan banyak
❌ Terlampau manjakan anak
❌ Tak kisah anak buat apa pun
❌ Beli je semua anak minta
❌ Tabur duit pada anak

p/s : So kalau pasangan ada buat macam ni, tolong ingatkan dia ya sebab efek pada anak nanti kalau berlebihan

Cara mudah nak kenal anak kita dengan lebih mendalam adalah :

👉 Kena jadi Observant Parent

Apa Observant Parent selalu buat bila dengan anak?

🤔 Perhati perangai anak
🤔 Perhati karakter anak
🤔 Perhati perubahan anak
🤔 Perhati perkembangan anak
🤔 Perhati minat dan bakat anak

Dan banyak lagi. Paling penting Observant Parents ni biasanya perasan benda benda yang kecil dan detail tentang anaknya

p/s : Anak kadang suka bila mak ayah perasan tentang perubahan dirinya. Cuma jangan melampau sangat tunjuk pada anak remaja, nanti anak rimas 😅

Antara fasa kritikal seorang anak adalah ketika nak masuk fasa remaja, fasa remaja dan fasa awal remaja

Cuma bila masih di awal usia, kena mula buat 4 benda ni dah sebenarnya untuk elak anak ada masalah sosial :

i. Ajar anak tentang Ikhtilat
ii. Pastikan anak solat 5 waktu
iii. Ayah kena usaha jadi Involved Father
iv. Jaga mata anak daripada melihat benda yang boleh trigger nafsu syahwat dia

Jadi tolong sangat hati-hati dengan TV & handphone yang anak kita tengok tiap hari tu

Lagi-lagi kalau anak suka tengok handphone bersendirian dalam bilik! Itu redflag paling besar! 🚨

Ramai mak ayah tak sedar makin anaknya remaja, makin anak tu jauh hati daripada dirinya.

Bukan semua tapi ramai sangat anak jadi jauh hati dengan mak ayahnya.

Ada satu perkara yang agak susah tapi kena cuba juga buat supaya anak kita jadi tak jauh hati daripada mak ayahnya iaitu :

👉 Deep understanding (anak nak kita faham dia dengan mendalam. Bukan faham luaran dia je)

Tanda mak ayah ada ‘deep understanding’ tentang anaknya :

💓 Banyak perhatikan anak anak
💓 Pandai baca mimik muka anak
💓 Tahu anaknya sedang bersedih walaupun anak tak cerita apa apa

Antara perkara terpenting mak ayah semua kena buat untuk pastikan arahan & nasihat ditaati adalah :

👉 Mutual understanding (Banyakkan berbincang dengan pasangan tentang apa yang boleh & apa yang tak boleh)

Kenapa?

Kerana bila arahan seorang ibu selalu berlawanan dengan arahan bapa maka anak akan mengalami Emotional Conflict

Anak jadi bingung dan tak tahu nak ikut yang mana.

p/s : Jadi dah tahu ni terus boleh bincang dengan pasangan la kan tentang hal ni? 😉

Ada banyak penyebab rasa nak marah pada anak ni sebenarnya tapi yang ramai orang tak perasan adalah :

👉 Sebab mak ayah nak hasil yang cepat ( Instant Results )

😭 Nak anak CEPAT diam
😭 Nak anak CEPAT tunduk
😭 Nak anak CEPAT makan
😭 Nak anak CEPAT behave

Semuanya kita nak cepat! Padahal kalau ikut kajian otak anak kita tu masih sedang berkembang & hanya matang sempurna pada umur 25 tahun

p/s : Bila kita terima ketidaksempurnaan dan ketidakmatangan anak kita di awal usia, insyaAllah rasa marah kita akan lebih mudah reda ❤️

Pastikan anak lelaki kita ni ada 2 perkara ini :

i. Positive Father figure ✅
ii. Positive Role model
  ✅

Father figure tak semestinya ayah tapi boleh jadi juga pakciknya, datuknya dan juga penjaganya

Role model pula adalah lelaki di sekeliling anak kita.

Anak lelaki ni bila dah sampai suatu tahap umurnya, dia akan mula mencari role model di kalangan lelaki di sekeliling mereka untuk mereka ikuti & contohi

Perkara pertama mak ayah boleh buat untuk baiki hubungan dengan anak adalah :

👉 Baiki nada/tone suara kita dengan anak di awal pagi

Biasanya di pagi hari :
🥶 Kita nak cepat
🥶 Kita dah terlewat
🥶 Terkejar sana sini

Tanpa sedar terkadang nada suara kita di pagi hari agak menyakitkan emosi anak

Mungkin sesekali cuba :

🏃‍♂️ Siapkan kerja sebelum tidur
🏃‍♂️ Ubah jadual tidur
🏃‍♂️ Susun kembali jadual hidup
🏃‍♂️ Buat agreement dengan anak untuk bangun dan bersiap cepat di awal pagi

“Win the morning, win the day!”

Ilmu ni paling penting pada mak ayah yang agak garang pada anak anak

Contoh Controlling : “Jangan main gunting tu tepi adik adik tu Angah! Bahaya!”

Contoh Teaching : “Okay, kalau Angah nak guna gunting ni dengan cara yang selamat, Angah kena pastikan tak ada adik adik kat sebelah. Takut kena gunting ni kat adik adik. Kesian diorang. Boleh Angah?”

Nampak tak beza Teaching dan Controlling? 

Memang teaching ni kena banyak sabar sikit tapi hasilnya insyaAllah sangat sangat berbaloi 🤗

Dilarang sebarkan mini app ini sesuka hati. Mini App ini khusus untuk mereka yang membuat bayaran(dan pasangan) sahaja. Semoga Ilmu yang disampaikan menjadi Asbab kebaikan dan Saham pahala untuk kita semua. Aamiin